Si bukit, gunung dan manusia

>> Sunday, April 24, 2011

Bukit dilihat...
hah...tidak mengapa
Kecil saja...
Apa ada pada bukit itu...


Gunung?

Besar..banyak ditampungnya...
Banyak yang gah tentangnya..
Banyak yang menyebutnya..
Mungkin tentang kemegahannya
Mungkin tenteng sengsaranya..

Apa kaitan dengan kita
Mana nak disama
Mana ada bezanya..
Tak terbanding..

Dengan manusia...
Kecil... mana kuat tenaganya
Mana ada hebatnya...
Dua tangan
Dua kaki
Dua telinga
Dua mata

Gunung

Ada yang gah dengan apinya
Ada yang gah dengan sejuknya
Ada yang gah dengan curamnya

Manusia?

Ada yang gah dengan ilmunya..tetapi buta mata dan hatinya
Ada yang gah dengan pangkatnya tetapi tiada hormatnya
Ada yang gah dengan hartanya tetapi bakhil...

Entah...gunung
Entah... manusia
Entah... bukit
Yang pasti kau sama
Makhluk Allah penciptanya...

Read more...

Asam garam sebagai guru

Apa yang dicerita
jangan dicerita
sebagai pengalaman
pengajaran untuk semua..

Kalau sudah akal itu mati
Mana terfikir baik dan buruknya

Kalau sudah mata itu buta
Mana terlihat apa yang nyata

Kalau sudah telinga itu tuli
Mana terdengar apa yang didengar

Kalau sudah hati itu tiada rasa
Mana terpanggil untuk menyinta...

Akal ada untuk berfikir...

Mata ada untuk melihat yang hak dan batil...

Telinga ada untuk meneliti kebenaran atau dusta...

Hati ada untuk mengasihi dan dikasihani...

Kalau ilmu disanggah ...
Kalau kemahiran dilekeh ...
Kalau nilai dibuang ...

Mana manusianya?

Sedangkan gajah diajar pandai mengikut?
Sedangkan pokok tahu menyahut?
Sedangkan ibu singa menyusukan anaknya?

Orang berilmu diketawakan..
Orang mengajardicercanya...
Orang sayang ditempelaknya...


Hei.....manusia hendak diletak dimana?

Siapa gajah?
Siapa pokok?
Siapa singa?
Siapa manusia?

Cuba renung-renungkan kita siapa?


Read more...

Cuti-cuti Malaysia

>> Monday, November 30, 2009

Setelah sekian lama senyap akhirnya saya buka balik blog yang dah dibuka untuk percubaan hari tu. Kiranya cuti sekolah dah seminggu berlalu. Tinggal lebih kurang 1 bulan sebelum balik mengajar di sekolah. Tapi yang pastinya ader kerja yang belum dibuat iaitu minit mesyuarat guru. Saya nie sebagai s/u mesyuarat guru. Sebelum 29/12 nie dah kena hantar kat GB sebelum dibuat salinan. So tahun depan seperti rutin biasa tahun-tahun sebelum nie. Nanti nak settlekan JKM lah rancangan mengajarlah murid-muridlah...nak hadapi sukan tahunan..Isk pendek kata bermacam-macam. Kiranya jadi cikgu mungkin untuk sekolah rendah nie agak berat. Kalau kata jadi cikgu untuk abad ke 21 nie tak sama macam abad 20. Sekarang nie tugas cikgu bukan saja mengajar tetapi kekadang kena jadi nurse, tukang sapu, kerani, pegawai sukan, penjual makanan, tukang masak, perancang program dan mcm-mcm lagi . Tak spesifik macam dulu. So jgn marah kalau prestasi saya nie agak kurang sebagai pendidik sebab terpaksa dibahagikan masa di sekolah dengan tugas-tugas yang lain. Guru juga manusia biasa. Terkadang ada limit juga walaupun cuba sedaya upaya. Sekian sajalah.. Nanti ader masa kita sambung. Lagipun cuti sekolah. Masa tetap ader cuma kita yang agak kerugian bila masa diabaikan.

Read more...

Salam Lebaran

>> Monday, September 28, 2009

Dah lama tak buka blog sendiri. Apa-apa pun selamat hari raya dan rasanya bahangnya masih terasa lagi untuk semua umat Islam. Hari nie first day ke sekolah selepas berpuasa. So kira sibuk juga sebab nak habiskan silibus untuk murid-murid tahun 4, sibuk dengan buat kertas soalan dan nak uruskan hal-hal HEM.

Tapi den nie masih sempat lagi nak memurnikan minat baru den iaitu nak kumpul and ambil tahun kesusteraan melayu klasik dahulu mainly untuk hikayat-hikayat yang den pernah baca dulu waktu di sekolah rendah. Dan pembacaan itulah membantu den dalam kertas bahasa melayu SPM dulu.

Sekarang nie nak cuba kumpul hikayat-hikayat melayu nie. Rupanya kita yang ketinggalan nak mendalami kesusteraan melayu kita sendiri. Banyak juga tajuk-tajuk hikayat nie. Hikayat lebih kepada cerita yang disampaikan. So banyak sumber yang berlainan dan jalan cerita pun agak berlainan. Kalau sesiapa yang berminat mungkin boleh mengaitkannya dengan sumber sejarah yang ada. Kalau nak kata sumber sejarah dulu, memang banyak yang tidak direkodkan.

Anyway nanti kalau ada perkembangan terbaru tentang minat terbaru den nie den cerita kay..
Wassalam

Read more...

17 Ramadhan Dah!

>> Sunday, September 6, 2009

Posanye-posa, dah 17 hari dah . Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. About 13 or 12 hari lagi dah nak sambut hari raya. Tahun nie besederhana aje sambut raya. Dah bertambah meningkat usia nie dah rasa mcm biasa ajer.

Untuk checklist
Baju raya anak-anak ok, Baju hubby and den ok, zakat ok, duit raya..opp belum tukar lg, nak raya kat maner pun belum decide lagi sebab blm tau mak raya kat mane. Tahun giliran cik abang. Kuih raya dah tempah..cuma nanti nak tambah-tambah dekat-dekat raya nanti. Mungkin ke chow kit atau jalan Tar waktu malam. nanti. Jgn jam waktu malam sudah. Ingat hati nak pergi pukul 11 atau 12. Perhiasan rumah mcm tahun lepas gak cuma...nak beli alas pinggan and bunga hiasan kat tgh meja kot. Nak cuba gubah bunga pulak. Tp tak tau lg. Kena tengok budget jugak.

Hari nie selangor cuti sebab Nuzul Quran so den cuti hubby kena kerja sebab dia WP Kuala Lumpur. Ingat hati nak jugak jalan-jalan ikut hubby ke KL tapi tak yah lah sebab anak-anak nie banyak hal nanti.

Juadah berbuka nanti belum fikir lagi. Nanti mungkin kena pergi beli lauk SSW. SSW nie tempat beli barang borong. So harga dia boleh tahan murah. Bawang-bawang pun boleh tahan bulat-bulat and cantik tapi kalau ikan-ikan nampak cm tak fresh. Ayam dia ok. So selalu beli barang dapur kat situlah.

Hari nie nak dok diam-diam untuk download bahan2 ngajar and nak tambah pengetahuan sbb cikgu nie kena satu tingkat lebih dari orang yang diajar. So kalau sekolah rendah, cikgu nie kena tau bidang kat sekolah menengah. Kalau kat sekolah menengah kena tau lah peringkat U. Den nie tgh fikir nak ambil kursus aper untuk master nanti. Insyaalah kalau hubby dpt buat PO dia nak sponsor sambung master. Mungkin tak nak ambil pendidikan. Dalam hati nak major chemistry or sains ataupun applied chemistry.

Oklah nanti sambung lagi key. Nie dah pandai download nak downloads bahan-bahan yg diperlukan. Sbb semangat nak tau tu banyak sanagt

Read more...

Nasi Lemak Mak Mentua

>> Friday, September 4, 2009

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba turutkan
Duduk ngan mak mentua ginilah caranya
Boleh belajar memasak pelbagai masakan.

This is pantun yang biasa didengar tapi dah diubahsuaikan sikit. Berbuka hari nie buat nasi lemak best giler dengan ayam goreng berempah. Seperti biasa tak sempat nak ambil gambar ingatkan nak masukkan dalam blog tetapi tak sempat dengan anak-anak yang banyak kerenah..jgn haraplah ada masa nak ambil gambar.

Hari nie kat sekolah kiranya preparation yang terakhir sebelum murid tahun 6 masuk kelas peperiksaan pada hari Selasa depan 8/9/2009. Nak kata den confident dgn bebudak maybe 50 % ajer sebab banyak yang terganggu lah untuk tahun ini. Lagipun attitude murid memainkan peranan. Kalau kita ajer yang nak push tapi mentality mereka masih di takuk lama..macam maner? Actually all the factors memainkan peranan untuk memastikan pencapaian yang baik. Kalau diri sendiri tak mau nak berubah..org lain kiranya hanya beri support macam orang dalam ICU yang hanya berbekalkan alat bantu pernafasanlah. Cuma yang pasti doa den sebagai cikgu supaya mereka boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan nanti. Walaupun kekadang ader juga perasaan geram dengan sikap dan kelakuan mereka. Den pun manusia juga ader juga rasa geram kalau ader benda yang tak betul dibuat. Teguran sudah diberi tetapi masih sama. Berusaha sehabis baik anak-anak murid sekalian. Semoga berjaya.

Hal kisah hari nie penat sangat rasanya walaupun tak mengajar banyak kelas. Dan lagi satu ader majlis sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Ringkas tapi cukuplah sebab takut murid yang islam terkulai pulak terutama yang tahap 1 dan baru nak belajar berpuasa. Tapi yang tak best dah miss 2 masa sains Tahun 4A. Rugilah rasanya sebab nak cover silibus yang penting. Hari nie gak hantar borang SKT and burn CD courseware tahun 6 yang 2 tahun ditunggu sekarang baru dapat. Tapi tahun 5 nyer ada yang belum dapat lagi. macam maner yek? Penting gak CD tu sebab murid dpt gambaran yang lebih jelas terutamaya yang berkenaan dengan energy, work, force. Explanation tu kan penting. Den ingat nak buat collection sendiri ajer semua cd tu. Nanti kalau pindah or hilang susah nak cari kan... Tak lama lagi dah tak der PPSMI. Tapi kita tak tau lagikan.Pucuk pimpinan berubah lain pulak visi dan misi. Tahun nie 1Malaysia..Sebelum nie Keranamu Malaysia.. sebelum tu Islam Hadhari..Iskhhh macam macam..Pening kepala. Patutnya nak ubah dasar kena tanya dulu orang yang melaksanakan dasar tu OK ke tak? Tapi lain orang lain pendapat. Itu kata den kata orang lain tah aper pulak.

Berita yang sedihnya, adik den kena buat operation sebab ada ketumbuhan kat ovari. Teringat pulak masa den kena Ceasarean 3 kali. Ngeri plus ngilu. Rasa gerun and serik.Tak nak lg...Tapi adik den nie lain lak..Nasib baik dengan hospital kerajaan. Kira kosnye jauh berbeza dengan hospital swasta. Semoga operation bulan raya nanti tu berjalan lancarlah...AMIN


Read more...

Ayam masak lemak cili api

>> Wednesday, September 2, 2009

Semalam den buat masak lemak cili api and sambal tumis udang. Punyalah haru, sebab first time buat and lagi satu nanti mentua den rasa. And mcm biasalah sambal tumis udang resepi mak. Nie den kira expert sebab selalu buat and dah diimprovicekan dah resepi dan bahan-bahannya. Sorry lah kepada pembaca sbb tak sempat nak amik gambar..and kalau nak resepi kena bagitau dulu.

Kiranya semalam banyak jugak kuih-muih yang dibeli oleh cik abang dan ayah mentua. Terpaksa buat second timenye berbuka pukul 10.00 malam.

Hari nie...

Sama cam semalam murid 4a pulak buat experiment 'properties of materials'. Second time nie kira proper lah sikit perjalanan eksperimen diaorang. But some of the student did not bring their science practical book. Frust jugak dengan sikap diaorang. So start lah 5 minutes motivational talk from me untuk diorang.One of the sentence that i create is 'If you did not bring your book, its the same with you just bluffing your own life'. Entah mana datang pun tak taulah ayat den pun pun tak pasti...

Mungkin lepas nie pergi PPD kot nak ambil CD PPSMI tahun 5 dan 6 tp kena minta kebenaran big boss dulu.
oklah berenti kejap sebab nak ke kelas..
Chau Chin Chau...

Read more...

Experiment lagi....

>> Tuesday, September 1, 2009

Pagi nie den bertugas kat tapak perhimpunan. And adalah sedikit pengumuman tentang penempatan murid tahun 5 ke kelas lain sebab kelas mereka digunakan untuk peperiksaan UPSR. Berkumandanglah suara den.Nasib baik ada pembesar suara, jimat suara den hari nie..
Dalam hati nie teringat gak lesson plan untuk hari nie belum siap lagi..Kalau kena cerap habislah...dahlah dengan guru besar..Tapi dah plan dah nak buat ape cuma belum ditulis saje..

Hari bebudak 4C datang lewat gak. Dah lah hari nie plannye nak buat experiment properties of materials. Can conduct heat and electricity, insulate heat and electricity, can or cannot absorb water, and sink or float... Kiranya all this activities they seen in their daily life tapi kekadang tak perasan and the teacher has to make the connection with science. Kan sains nie about phenomenon and things around us...

So dah buat decision untuk buat cara stesen. Buat 4 stesen. Tapi pening gak sebab object untuk testing limited. And kalau dah masuk dalam air, objek dah tak boleh guna lagi...Nasib baik ada idea nak solve kan... So boleh lah diaorang buat eksperimen.Pastu diaorang tengok CD about 20 minutes supaya diaorang lebih faham apa yang mereka buat.

Tapi yang tak best, bebudak 4c nie ada sedikit lambat nak buat report..kena guide dan kekadang tu nak tulis satu ayat ambil masa 2 minit. Kenalah bersabar sikit dengan kelemahan mereka. Tapi oklah diorang nie dengar cakap... Fuh penat gak posa-posa nie ngajar...kena banyak cakap dan jalan.

Hari nie nak masak ape yek berbuka.. Semalam mak dah buat ikan masak lemak..so hari nie ikan masak tumis asam kot.. And semalam dah buat dah cupcake dengan anakanda Damia. Den ikut resepi dari www.myresepi.com. Rasa cupcake tu macam rasa kek biasa saje tapi dalam bentuk yang lebih kecil. Damia bukan main seronok lagi menolong tapi..Best ada anak perempuan nie..boleh tolong masak and pandai ambil hati kita..Yang anak boy dua orang tu tak tau lagi camne lak perangainya...

Hari nie buat roti sardin gulung pun bestkan..hemmmmm..

Read more...

What can you find here...

Friends

Beautiful scenery

Loading...

Blog Archive

    © Isazamia. Friends Forever Template by Emporium Digital 2009

Back to TOP